Thursday, September 30, 2010

Dari Ninja 250r ke Suzuki SRAD 750cc...

Seorang lagi ahli TRC telahpun hupgred jentera besinya, dari Kawasaki Ninja250r ke Suzuki SRAD 750cc...
Siapa lagi kalau bukan Along atau lebih dikenali dgn Along Rompongz...

Inilah motor kesayangan beliau... tahniah....

Laju woo motor ni, rekod peribadi Along setakat ni, 270km/j...
Aduyai, tinggal belakang la semua motor geng TRC lepas ni....

Motor Baru Tok Penghulu Siam..

Sekembalinya Bro Zaidi dari Songkhla, dia dah tak sedap hati dah... mana tidaknya, kt Songkhla tu, dia berkesempatan utk mencuba motor Kawasaki GTR1400, yg digunakan oleh salah seorang peserta CBU Ride 2010 tu...

Dengan jiwa yang semakin kacau, pada awal bulan September 2010, lahirlah sebuah GTR1400 berwarna maroon bernombor plet WUF1972...

Inilah motor baru Tok Penghulu Zaidi...

Syabas & tahniah bro....

Terjah Songkhla....(Part 3 ~ Final)

Ok, pada hari ketiga, TRC awal2 lagi telah check-out dari Hotel KPK utk terus ke Sempadan, utk urusan keluar dari Thailand (takut bertembung dgn kumpulan CBU Ride ni, kalau tak berjam2 la nak settle urusan tu...)...

Tak banyak yang nak diceritakan pada hari ketiga ni, sebab tujuan TRC ialah utk terus balik ke rumah masing2 saja...

Sedikit gambiran semasa dalam perjalanan....






Alhamdulillah, semua geng TRC telah selamat sampai ke rumah masing-masing sekitar jam 5pm....

Adios....

Terjah Songkhla...(Part 2)

Pada hari kedua, TRC bergabung dgn kumpulan Kawasaki Malaysia yang mengadakan CBU Ride ke destinasi yang sama, seramai lebih 80 orang yang menyertai Ride ni...


MZ pun ada tu....


Geng TRC berpecah dgn kumplan CBU Ride ni, utk bergambar kenangan di 'Golden Mermaid' iaitu mercu tanda bandar Songkhla tu...


 
Bro Miekawa & Joe, adik angkat Zaidi pun join skali... TQ...

Selepas bergambar jer, TRC terus ride ke Haadyai, dgn ditemani oleh Joe, pemilik Ninja 250r Thailand yang begitu seronok join TRC ni...

Sedikit gambiran di sekitar Haadyai.... 

Azrak bershopping betul....
Deretan motor TRC bersama dgn motor Joe (Plet Siam tu...)
Masa perpisahan dgn Joe, sedikit sumbangan dari TRC...
Setelah sesi perpisahan dgn Joe, TRC terus terjah ke Danok, utk check-in dan berehat....
Kita sambung nanti....

Terjah Songkhla....(Part 1)

Sebagai pembukaan, geng Terjah Riderz Club (TRC) telah memulakan 'terjah' ke Songkhla, Thailand pada 9-11 Julai 2010 yang lalu. Dalam siri terjah ini, TRC telah dianggotai oleh Zaidi, Matduan, Rozanie, Azrak,
Joey Kencang, Ayie, Acai dan Along.

RV @ R&R Rawang

TRC bertolak dari R&R Rawang arah utara pada jam 12.30 pagi, dengan 'ride santai' kami singgah sekejap di Petronas Simpang Pulai & Juru utk mengisi minyak serta berehat sekejap.

On the bike..






 
Motor cpnrwg..

 TRC sampai di Bukit Kayu Hitam pada jam 6.00 pagi. Relaks la dulu, betulkan urat saraf sekejap...



Tok Penghulu hantar repot...
 

Setelah urusan insurans dan beberapa dokumen selesai, TRC terus ke Sempadan Malaysia-Thailand utk urusan kemasukan ke Thailand. Sedikit gambiran di sempadan...





Setelah urusan pasport selesai, kami terus bersarapan di Sadao (Danok), pagi2 bersarapan dgn nasik goreng...


Selepas tu, apalagi, TRC terus terjah ke Songkhla dan tiba di Hotel Samila pada jam 11.00 pagi.

Semangat betul Joey bila dah sampai Songkhla tu...

  
Lepas check-in, apalagi, kitaorg terus tidurrrrrzzzzz.....

Sedikit gambiran di sekitar Bandar Songkhla, enjoyyyy.....





 Lepas makan, kitaorg pusing2 lagi, sampai penat.....




'Palang' yang menjadi igauan Acai...
Ok, kita berenti di sini dulu utk hari pertama, kita sambung pulak utk hari kedua...
Tunggu....