Tuesday, October 26, 2010

Terjah Betong ~ 30 & 31 Oktober 2010...

Salam geng-geng tegar TRC semua...

Tok Penghulu kita iaitu Sdra Zaidi akan membuat terjahan ke Betong, Thailand pada 30 & 31 Oktober 2010 ini iaitu pada hujung minggu ini... Jadi, kepada sesiapa yang berhajat untuk turut serta di dalam terjahan kali ini, sila hubungi beliau sendiri untuk tujuan RV, dokumen yang perlu dibawa dan sebagainya....

Apa-apa pun, safe ride semua.....

Adios....

Pengumuman ~ Afindi Jusoh (Xpendi) kemalangan...

Salam Geng...

Seorang sabahat kita iaitu Xpendi telah mengalami kemalangan jalanraya pada 24 Oktober 2010 yang lalu di Jalan Travers, Brickfields pada sekitar jam 5.00pm (selepas balik dari Majlis Perkahwinan Chean...) Beliau sekarang sedang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya, KL.. Menurut ceritanya, kedua-dua tulang tangan kanannya telah patah dan akan menjalani pembedahan untuk mencantumkan tulang-tulang tersebut...


Pada 25 Oktober 2010, saya berkesempatan untuk melawat Xpendi di PPUM.. Ramai jugak rakan-rakan yang datang melawat beliau... tahniah kepada yang berkesempatan untuk melawat kawan kita ini, sekurang-kurangnya dengan kunjungan rakan-rakan ini akan menceriakannya sedikit ketika menghadapi kesukaran seperti ini...

Antara rakan-rakan yang hadir pada tengahari tu....



Ada juga rakan-rakan kita yang telah tidak sampai hati untuk melhat keadaan Xpendi ini, sampaikan tak sanggup lagi menahan hiba mereka... Tak percaya? cuba tengok gambar-gambar ni....



Sori kengkawan semua, cuma bergurau saja... Diharapkan pembedahan yang akan dilalui itu berjaya dan Xpendi tabah untuk menghadapi dugaan ini....

Sekian....

Kenduri Kawin Chean ~ 24 Oktober 2010

Salam Geng TRC semua....

Seperti yang diwar-warkan, pada hari ahad lepas iaitu 24 Oktober 2010, sebahagian geng-geng TRC, geng forum ninja250rmalaysia.com serta wakil dari Captain Bikers, Singapore telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Chean dan pasangannya di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur...

RV telah diadakan di D'Tebing, Dataran Merdeka pada jam 12.30pm dan tayargolek pada jam 1.00pm..





Sesampainya konvoi kami di Dewan ini, kami telah disambut oleh sebahagian lagi geng-geng yang datang bersama keluarga masing-masing..




Disertakan sedikit gambar-gambar sebagai kenangan... 





Selamat Pengantin baru Chean, semoga dimurahkan rezeki dan berkekalan hingga ke anak cucu.... Amin...



  Memang sedap makanan yang disediakan... Terima kasih Chean.... 
Akhirnya, inilah gambar kenang-kenangan geng-geng yang hadir bersama pasangan pengantin....


Sekian...

Nota : sebahagian daripada gambar ini adalah daripada geng-geng forum ninja250rmalaysia.com....
Terima kasih geng....


Tuesday, October 19, 2010

Kenduri Kawin Chean...

Salam semua....

Semua warga TRC dan sahabat handai dijemput ke majlis perkahwinan sahabat kita, saudara Chean (Tok Penghulu Ninja 250r kawasan selatan) dan pasangannya seperti di bawah :

RV Point
Tarikh : 24 Oktober 2010 (Ahad)
Masa berkumpul : 12.30 p.m
Tempat: D'Tebing Dataran Merdeka
Tayar golek : 1.00 pm
Jom kita sama-sama memeriahkan majlis kawan kita ni...

Jumpa di sana....

Sunday, October 17, 2010

Terjah KLX Taman Negara ~ 16&17 Oktober 2010 - Part 3 (Final)

Sekitar jam 8.45pm, sebelum memulakan sesi night ride ni, satu briefing telah diadakan oleh Cik Mad dan wakil dari Rainforest resort tu... lepas tu, apalagi.... on the bike....


Ingatkan sesi waktu malam ni hanyalah satu ride offoad santai saja, maklumla gelap, tak ada satu lampu jalan pun di dalam ladang kelapa sawit tu... rupa-rupanya sangkaan meleset sekali, tak kira siang @ malam, semua rider sesah betul-betul, sampaikan ada yang overshoot, break emergency, dll... betul-betul rider tegar semua nih.... sesi tamat sekitar jam 10.00pm... 

Lepas minum-minum kejap, apalagi, semua balik ke bilik masing-masing la, semua dah kepenatan tambahan pulak geng TRC akan bertolak balik ke KL pada awal pagi sebab Zaidi ada flight ke Indonesia tengahari esok... 

Pagi-pagi lagi kami bertolak balik ke KL, ingatkan boleh la sesah laju sebab tak ada kenderaan di awal pagi, rupa-rupanya terpaksa bawak slow jugak sebab kabus yang tebal dan jarak penglihatan yang amat terhad. Kami bersarapan di Jerantut sekitar jam 7.00am.. lepas tu, baru la sedap ride, singgah di Hentian Sebelah Lanchang kejap, isi minyak di R&R Genting Sempah, balik melalui Batang Kali dan sampai di rumah Zaidi pada jam 10.00am... 


Sekian dulu buat masa ni, memang satu pengalaman yang amat memuaskan untuk terjah pada kali ini, kena repeat nih... selalu terjah jauh-jauh, kali ni berpeluang plak main offroad...

Chow....

Terjah KLX Taman Negara ~ 16&17 Oktober 2010 - Part 2

Ok, kita sambung lagi....

Selepas 'offroad santai' tu, kami bercadang nak ikut trip river cruise plak. Dengan kos seorang sebanyak RM60 seorang, kami telah menyewa sebuah bot panjang untuk merasai pengalaman 'melawan arus' sungai untuk ke perkampungan Orang Asli Suku Batek..
Di dalam bot ini, semua diingatkan supaya menyimpan kamera masing-masing di dalam plastik, supaya tidak rosak bila terkena air... Dalam hati terfikir, mana boleh air melimpah masuk ke dalam bot ni, sebab bukannya macam naik rakit...rupa-rupanya kengkawan dok pedajal simbah air sungai tu ke dalam bot, abis semua basah lencun... 

Suasana di sekitar sungai... 






Setibanya di Perkampungan Orang Asli, kami dikenalkan dengan Adam iaitu penolong Tok Batin di situ... Untuk pengetahuan semua, Tok Batin tidak ada di perkampungan tersebut kerana telah masuk ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan untuk anak-anak buahnya...

Di sini, kami telah ditunjukkan cara-cara untuk menghidupkan api secara tradisional, membuat peluru sumpit dan cara-cara untuk menyumpit... 



Memang mengujakan.... itulah perkataan yang paling sesuai untuk lawatan ke perkampungan Orang Asli ini...
Sekitar jam 6.00pm, kami pun bertolak balik ke jeti kerana perlu bersiap-sedia untuk 'night ride' tu...
(masa balik..... basah lagi...... hampeh punya kengkawan..... sampaikan tour guide pun lencun kena siram....)

Terjah KLX Taman Negara ~ 16 & 17 Oktober 2010 - Part 1

Salam semua, kita jumpa lagi dalam alam maya ini...

Memandangkan yang cadangan Ride Fraser Hill yang sepatutnya diadakan pada 16/10/2010 tu terpaksa ditunda ke suatu tarikh lain kerana terdapat beberapa halangan untuk ke sana dan demi keselamatan peserta, Geng TRC telah memikirkan untuk menggantikan ride di tarikh ini ke destinasi yang lain pulak. Akhirnya, kata sepakat telah dipersetujui di kalangan sebahagian geng TRC yang 'free' iaitu.... kita terjah Taman Negara, untuk memberikan sokongan kepada program Ride Taman Negara yang dianjurkan oleh pihak Kawasaki Malaysia... yuhuuu.....
Perjalanan bermula dari Rumah Zaidi di Batang Kali. Pada terjah kali ini, geng TRC yang ambil bahagian ialah Zaidi, Rozanie & Joey Jencang.. Kami bertolak pada jam 9.00am, dengan menaiki 2 buah motosikal iaitu GTR 1400 & ER6F.
Perjalanan santai ini mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Jerantut. Di Jerantut, kami berehat sekejap sambil menanti rombongan Kawasaki yang akan tiba di Jerantut sekitar tengahari..
Tepat jam 12.00 tengahari, rombongan Kawasaki telah tiba di Shell Jerantut, seterusnya menurunkan kesemua motosikal jenis KLX150s untuk digunakan oleh para peserta...



Selepas makan tengahari, konvoi sebanyak 28 buah motosikal KLX ini mula bergerak pada jam 1.20pm, menuju ke Taman Negara Kuala Tahan. Rozanie & Joey berpeluang menaiki KLX sementara Zaidi telah menjadi Last Man untuk konvoi ini...


Konvoi tiba di Rainforest Resort, Taman Negara pada sekitar jam 3.30pm, selepas sedikit jamuan ringan, semua peserta dibenarkan membuat aktiviti bebas kerana aktiviti ride ini akan bermula pada waktu malam...

Bagi TRC dan pihak Kawasaki iaitu Encik Mad & Bro Miekawa, kami memilih untuk melihat dulu laluan yang akan digunakan pada waktu malam tu... dengan wakil resort sebagai penunjuk arah, kami bertolak ke lokasi pada jam 4.00pm... Pada mulanya, kami berhasrat untuk ride santai saja, dengan pakai seluar pendek, selipar & tanpa helmet kerana tujuan ride ini adalah untuk melihat laluan sahaja... tapi, mana boleh tahan, akhirnya ride ni jadi ride sesah, betul-betul sesah punya sampaikan wakil penunjuk arah tu pun kena tinggal.... sori bro...


Ok, cukup setakat ni dulu, nanti kalau ada masa, aku update lagi..... chow dulu....