Monday, October 4, 2010

Terjah Betong ~ 24&25 September 2010

Salam riders semua....

TRC sekali lagi telah membuat terjahan ke negara jiran kita, iaitu Betong pada 24-25 September 2010 yang lalu.... Geng komplot kali adalah Tok Penghulu Zaidi, Rozanie, Azrak, Ayie, Along & Rashidi....

Kami RV di R&R Rawang pada jam 8.00am, tayargolek jam 8.30am...

Sampai di Petronas Sg. Perak utk mengisi minyak...



Berehat sebentar di pekan Lenggong, sbb along nak jumpa kawan lama dia...

Berhenti sebentar di Grik, sebab paip Ayie 'bocor'....


'Tragedi' di jalan Grik-Pengkalan Hulu dimana seorang geng TRC telah terlebih ambik koner.... nasib baik tak ada yang cedera... Alhamdulillah...

Sampai di Petronas Pengkalan Hulu, jam 12.00pm... isi minyak dulu....

Di sempadan Malaysia-Thailand....
Yuhuu... dah sampai Betong... apalagi, lepas check-in, terus ke Piyamit Tunnel, bekas terowong Parti Komunis Malaya (PKM) dulu tu...




Malam, aktiviti bebas tapi kebanyakan geng2 TRC lepak bilik jer, sebab penat sgt, pastu nak ride balik plak keesokan hari...

25/10/2010 - geng2 TRC btolak dari Betong pada jam 12.00pm, selepas insiden motor Rashidi putus rantai di Grik, repair, rehat di Simpang Pulai, geng2 TRC selamat sampai di rumah masing2 sekitar jam 8.00pm...





No comments:

Post a Comment