Sunday, October 17, 2010

Terjah KLX Taman Negara ~ 16 & 17 Oktober 2010 - Part 1

Salam semua, kita jumpa lagi dalam alam maya ini...

Memandangkan yang cadangan Ride Fraser Hill yang sepatutnya diadakan pada 16/10/2010 tu terpaksa ditunda ke suatu tarikh lain kerana terdapat beberapa halangan untuk ke sana dan demi keselamatan peserta, Geng TRC telah memikirkan untuk menggantikan ride di tarikh ini ke destinasi yang lain pulak. Akhirnya, kata sepakat telah dipersetujui di kalangan sebahagian geng TRC yang 'free' iaitu.... kita terjah Taman Negara, untuk memberikan sokongan kepada program Ride Taman Negara yang dianjurkan oleh pihak Kawasaki Malaysia... yuhuuu.....
Perjalanan bermula dari Rumah Zaidi di Batang Kali. Pada terjah kali ini, geng TRC yang ambil bahagian ialah Zaidi, Rozanie & Joey Jencang.. Kami bertolak pada jam 9.00am, dengan menaiki 2 buah motosikal iaitu GTR 1400 & ER6F.
Perjalanan santai ini mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Jerantut. Di Jerantut, kami berehat sekejap sambil menanti rombongan Kawasaki yang akan tiba di Jerantut sekitar tengahari..
Tepat jam 12.00 tengahari, rombongan Kawasaki telah tiba di Shell Jerantut, seterusnya menurunkan kesemua motosikal jenis KLX150s untuk digunakan oleh para peserta...



Selepas makan tengahari, konvoi sebanyak 28 buah motosikal KLX ini mula bergerak pada jam 1.20pm, menuju ke Taman Negara Kuala Tahan. Rozanie & Joey berpeluang menaiki KLX sementara Zaidi telah menjadi Last Man untuk konvoi ini...


Konvoi tiba di Rainforest Resort, Taman Negara pada sekitar jam 3.30pm, selepas sedikit jamuan ringan, semua peserta dibenarkan membuat aktiviti bebas kerana aktiviti ride ini akan bermula pada waktu malam...

Bagi TRC dan pihak Kawasaki iaitu Encik Mad & Bro Miekawa, kami memilih untuk melihat dulu laluan yang akan digunakan pada waktu malam tu... dengan wakil resort sebagai penunjuk arah, kami bertolak ke lokasi pada jam 4.00pm... Pada mulanya, kami berhasrat untuk ride santai saja, dengan pakai seluar pendek, selipar & tanpa helmet kerana tujuan ride ini adalah untuk melihat laluan sahaja... tapi, mana boleh tahan, akhirnya ride ni jadi ride sesah, betul-betul sesah punya sampaikan wakil penunjuk arah tu pun kena tinggal.... sori bro...


Ok, cukup setakat ni dulu, nanti kalau ada masa, aku update lagi..... chow dulu....

No comments:

Post a Comment