Friday, October 15, 2010

Ride Amal Anak Yatim Ke Negeri Sembilan & Buka Puasa Umbai, Melaka

Pada 21 Ogos 2010 yang lalu, sebuah kedai motor yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan iaitu Speed Extreme Motor dengan kerjasama forum ninja250rmalaysia.com telah menganjurkan Ride Amal ke rumah anak yatim Peyakin Negeri Sembilan. Konvoi ini agak mencabar sekali kerana ianya dibuat di bulan Ramadhan dan semua peserta telah berjaya mengharungi cabaran ini dengan tabah dan sabar...

Konvoi yang terdiri daripada ahli-ahli forum ninja250rmalaysia.com dengan sebanyak lebih kurang 30 biji motosikal telah bermula sejak jam 2.00pm lagi iaitu dari tempat berkumpul di Shell selepas Plaza Tol Sungai Besi sehinggalah ke Speed Extreme Motor di Nilai.

Dari Nilai, konvoi ini telah bergabung dengan kumpulan-kumpulan lain, dengan diiringi oleh 4 Polis Trafik telah bergerak ke Peyakin Negeri Sembilan. Sebagai rekod, konvoi ini juga telah disertai oleh kumpulan Captain Bikers dari Singapura. Syabas dan tahniah kepada Captain Bikers...








Di Peyakin ini, kumpulan konvoi telah menyampaikan sedikit sumbangan hasil kutipan dikalangan peserta-peserta konvoi ini...

Selepas selama lebih kurang sejam di sini, konvoi bergerak pula ke Umbai, Melaka untuk berbuka puasa.









Konvoi bergerak balik ke Kuala Lumpur pada jam 9.00pm, berhenti sebentar di R&R Seremban, dan bergerak kembali ke destinasi masing-masing pada jam 11.00pm...

Tahniah pada semua yang menjayakan ride amal ini. semoga usaha anda ini diberkati....

Amin....

No comments:

Post a Comment