Friday, October 15, 2010

Ride Amal Ke Peyakin Klang....

Lanjutan daripada ride amal ke Peyakin Negeri Sembilan pada hujung bulan Ogos yang lalu, sekali lagi geng-geng TRC telah menyertai ride amal ke Peyakin Klang pada 4 September 2010 yang lalu. Ride pada kali ini telah dianjurkan oleh pihak Kawasaki sendiri dan seramai hampir 100 peserta telah menyertai ride murni ini...



Konvoi bertolak dari Ibu Pejabat Kawasaki di Glenmarie, Shah Alam tepat pada jam 3.00pm dan sampai di Peyakin Klang sekitar jam 3.45pm...











Di sini, anak-anak yatim telah diraikan dengan kesemuanya diberi peluang untuk menaiki motosikal berkuasa tinggi ini yang dibawa oleh para peserta...

Sebelum bersurai, pihak Kawasaki juga telah memberikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang kepada Peyaking Klang ini..

Sekitar kam 5.30pm, konvoi bergerak pula ke Medan Ikan Bakar Tanjung Harapan (Tanjung Gila) di Pelabuhan Utara untuk menikmati jamuan berbuka puasa...





Semoga dengan sedikit sumbangan ini akan memberikan keceriaan dan harapan kepada anak-anak yatim ini.... Penulis selalu berpesan kepada anak-anak, hargailah kenikmatan yang dianugerahkan kepada kita oleh Allah S.W.T., yang mana nasib kita ditakdirkan lebih baik dari mereka-mereka yang nasibnya tidaklah sebaik kita... tapi, kita janganlah alpa dan leka, segala apa yang dikurniakan ini tidak akan kekal selama-lamanya, bila-bila masa sahaja kenikmatan ini boleh ditarik balik oleh Allah S.W.T.... Semoga ini semua boleh menjadi panduan hidup kita seharian.... Amin....



No comments:

Post a Comment