Sunday, October 17, 2010

Terjah KLX Taman Negara ~ 16&17 Oktober 2010 - Part 2

Ok, kita sambung lagi....

Selepas 'offroad santai' tu, kami bercadang nak ikut trip river cruise plak. Dengan kos seorang sebanyak RM60 seorang, kami telah menyewa sebuah bot panjang untuk merasai pengalaman 'melawan arus' sungai untuk ke perkampungan Orang Asli Suku Batek..
Di dalam bot ini, semua diingatkan supaya menyimpan kamera masing-masing di dalam plastik, supaya tidak rosak bila terkena air... Dalam hati terfikir, mana boleh air melimpah masuk ke dalam bot ni, sebab bukannya macam naik rakit...rupa-rupanya kengkawan dok pedajal simbah air sungai tu ke dalam bot, abis semua basah lencun... 

Suasana di sekitar sungai... 






Setibanya di Perkampungan Orang Asli, kami dikenalkan dengan Adam iaitu penolong Tok Batin di situ... Untuk pengetahuan semua, Tok Batin tidak ada di perkampungan tersebut kerana telah masuk ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan untuk anak-anak buahnya...

Di sini, kami telah ditunjukkan cara-cara untuk menghidupkan api secara tradisional, membuat peluru sumpit dan cara-cara untuk menyumpit... 



Memang mengujakan.... itulah perkataan yang paling sesuai untuk lawatan ke perkampungan Orang Asli ini...
Sekitar jam 6.00pm, kami pun bertolak balik ke jeti kerana perlu bersiap-sedia untuk 'night ride' tu...
(masa balik..... basah lagi...... hampeh punya kengkawan..... sampaikan tour guide pun lencun kena siram....)

No comments:

Post a Comment