Friday, October 15, 2010

MotoGP 2010...

Pada 10.10.10 yang lalu, MotoGP telah sekali lagi diadakan di Sepang, Malaysia dan Kawasaki Malaysia telah menganjurkan konvoi bermotosikal ke Sepang. Dengan bayaran sebanyak RM70.00 sahaja, peserta telah mendapat tiket untuk grandstand, sarapan pagi, tengahari dan t-shirt konvoi.

Konvoi dengan peserta hampir 300 orang dan dengan kawalan pihak Polis Trafik serta dibantu oleh Marshal yang dilantik khas oleh Kawasaki, bermula dari Taman Tasik Titiwangsa melalui Lebuhraya Mahameru, Sunway hinggalah ke Sepang.








Terima kasih kepada pihak Kawasaki kerana telah menyediakan tempat meletak motor khas di SIC dan tempat duduk khas di grandstand tersebut.









Diharapkan pihak Kawasaki akan mengadakan konvoi seumpama ini lagi di masa akan datang....

Terima kasih....

No comments:

Post a Comment